Sedili Damai Resort adalah sebuah resort yang terletak kira-kira 85km dari Johor Bahru dan mengambil masa lebih kurang 1 ½ jam perjalanan. Dengan keluasan 16,187.2 kaki persegi, resort ini dikelilingi oleh alam semulajadi seperti bukit bukau, hutan paya bakau, sungai yang bersih dan pantai yang berteluk-teluk, sesuai dijadikan sebagai tempat untuk membuat aktiviti air atau pantai dan untuk bersantai bersama keluarga dan teman-teman.

Disamping bercirikan elemen-elemen semulajadi, resort ini amat sesuai untuk pengunjung-pengunjung yang inginkan suasana yang tenang dan damai. Resort yang dibina berhadapan dengan Kuala Sungai Sedili ini, berbentuk teres bercantum yang boleh diinap seramai lebih kurang 90 orang dalam satu-satu masa. Di samping itu, terdapat 2 dormitori yang boleh memuatkan seramai 40 orang pengunjung.

Berhampiran resort ini, terdapat kampung nelayan yang menjual hasil tangkapan mereka kepada pengunjung-pengunjung yang ingin merasai hasil tangkapan yang segar seperti ikan, ketam, sotong dan udang. Namun begitu, ada juga pengusaha-pengusaha ternakan laut yang jarang terdapat di tempat-tempat lain seperti ternakan ikan siakap dan belangkas pada mereka yang gemar memakan makanan ekzotik.

Pelbagai pakej yang disediakan untuk para pengunjung membuat pilihan, antaranya ialah Pakej Pelajar, Pakej Kursus dan Pakej Hari Keluarga. Disini para pengunjung tidak perlu khuatir untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Contohnya seperti aktiviti menyusuri sungai, melawat kraftangan, melawat ke tempat pembiakan belangkas dan aktiviti-aktiviti outdoor. Terdapat juga aktiviti-aktiviti untuk keluarga yang boleh dilakukan seperti membakar BBQ, sukaneka dan bermain bola tampar. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli keluarga sendiri bahkan dapat mengenali di antara ahli keluarga yang lain.

Di dalam resort ini terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan lain selain dari chalet dan restoran seperti ‘swimming pool’, taman permainan kanak-kanak, kolam ikan untuk memancing dan jeti untuk beriadah. Jika pengunjung ingin melibatkan diri di dalam aktiviti ‘outdoor’, kami turut menyediakan kemudahan aktiviti ‘outdoor’, khidmat fesilitator dan jurulatih untuk aktiviti yang dijalankan di samping memberi tunjuk ajar dan mengawal perjalanan program. Jadi, janganlah lepaskan peluang untuk turut serta menyertai aktiviti yang ada di resort kami.

Para pengunjung yang ingin menenangkan fikiran dan mencuba pelbagai aktiviti, kunjungilah resort kami yang terletak di tepian sungai samada bersama keluarga, sahabat handai atau rakan sepejabat. Pengunjung pasti akan terhibur dan tidak dapat melupakan kenangan yang dilalui di sini. Bak kata pantun melayu daun terap di ataslah bukit, kapallah menyamun dualah batang, jadi kenangan bukanlah sedikit,darilah dulu sampai sekarang.